Saturday 15 December 2012

i-THINK : PETA PEMIKIRAN vs PROSES BERFIKIR

Seperti yang dijanjikan hari ini baru saya berkesempatan berkongsi 8 elemen PETA PEMIKIRAN (Thinking Map) dan PROSES BERFIKIR ( Thinking Process) yang terangkum dalam Program i-THINK
Sebelum ini para guru kebanyakannya hanya terdedah kepada penggunaan PETA MINDA ( Mind Map) sahaja. Peta Minda tidak diklasifikasikan tujuan dan objektifnya melainkan untuk meringkaskan nota yang pada kebiasaannya ditulis dalam bentuk ayat.
Melalui Program i-THINK, 8 PETA PEMIKIRAN yang diperkenalkan dengan tujuan dan objektif yang berbeza di samping proses pemikiran masing-masing dapat diaplikasikan dalam proses Pengajaran Dan Pembelajaran di dalam kelas mengikut topik yang bersesuaian dengan Peta Pemikiran yang dipilih.
 

Peta Bulatan digunakan bagi * menjana idea, *mengaitkan pengetahuan sedia ada, *membuat gambaran awal topik dan *membuat rumusan.

Peta Buih digunakan dalam *menjelaskan sifat sesuatu perkara dan hanya *menggunakan adjective / kata sifat

Peta Buih Berganda digunakan untuk * membuat perbandingan dari sudut persamaan dan perbezaan yang wujud bagi dua benda / perkara

Peta Pokok digunakan untuk *membahagikan kepada kategori tertentu, * memberi contoh-contoh, * membuat sub-topik dan * memberi huraian

Peta Dakap digunakan bagi * menyenaraikan komponen atau bahagian kecil sesuatu objek. Ianya * melibatkan objek yang nyata (fizikal) sahaja

Peta Alir digunakan dengan tujuan untuk * membuat aliran, susunan, kronologi, siri, kitaran, plot, proses sesuatu perkara

Peta Pelbagai Alir digunakan untuk * mencari sebab dan akibat bagi sesuatu perkara dan * menjelaskan kesan sesuatu perkara tersebut

Peta Titi digunakan untuk * mencari analogi yang boleh digunakan untuk menghubungkan pelbagai perkara, dan * memikirkan perkaitan yang boleh diwujudkan bagi pelbagai perkara.

Diharapkan perkongsian di blog ini sedikit sebanyak dapat memberi pendedahan awal kepada guru dan murid sebelum ia mula dilaksanakan kelak.
Nantikan pula contoh aplikasi PETA PEMIKIRAN yang saya buat dalam mata pelajaran MATEMATIK bagi tajuk RUANG (Bentuk 3D)

14 comments:

  1. perkongsian yang menarik...
    teruskan lagi usaha anda... :)

    ReplyDelete
  2. Rupanya banyak lagi peta minda yang saya tak tahu. terima kasih ya di atas infonya

    ReplyDelete
  3. Blog yang menarik. Teruskan usha.

    ReplyDelete
  4. Untuk pengetahuan Zue83, yang ni bukan peta minda tetapi PETA PEMIKIRAN. Setiap satu mempunya peranan dan kegunaan yang berbeza mengikut keperluan proses pemikiran.

    ReplyDelete
  5. Blog yg sangat menarik! Tentu banyak idea cikgu untuk mengajar murid-murid supaya pembelajaran lebih menarik.

    ReplyDelete
  6. thanx.. sgt membantu wat ithink

    www.prettyraudhah.com

    ReplyDelete
  7. Perkongsian yang menarik.
    http://emyhealthandbeautyshop.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. tahniah cikgu! bahan yang sangat membantu. boleh saya minta izin untuk ambil bahan ni untuk saya beri kepada pelaja saya?

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum cikgu.. mohon digunakan untuk rujukan ye

    ReplyDelete
  10. saya yg dah masok Segi College ni pun lecturer suruh buat mind map. aduhh... nasib baik ingt lagi masa SPM dulu2 cikgu sekolah ada suruh buat mind map ni.

    ReplyDelete
  11. saya yg dah masok Segi College ni pun lecturer suruh buat mind map. aduhh... nasib baik ingt lagi masa SPM dulu2 cikgu sekolah ada suruh buat mind map ni.

    ReplyDelete
  12. TERBAIK CIKGU, SEMOGA ALLAH MEMBALAS SEGALA USAHA CIKGU DENGAN GANJARAN PAHALA YANG SEBAIK-BAIKNYA

    ReplyDelete