Sunday 25 November 2012

3D bersama BoboiBoy

BoboiBoy merupakan salah satu siri animasi 3D di Malaysia. Ramai kanak-kanak suka siri ini termasuklah anak-anak saya.  Jom layan...


Lagu Bongkah

Biasanya kanak-kanak lebih seronok dan cepat dapat sesuatu yang diajar menggunakan lagu. Mari kita berkongsi lagu ciptaan guru inovatif dari Johor ini kepada murid-murid kita di sekolah. Pasti mereka akan menjadikan lagu ini siulan di waktu rehat.





Kenali ciri-ciri KUBOID

Mari kita mengenali bentuk 3D bernama KUBOID dengan lebih terperinci. Pada asasnya bentuk kuboid kelihatan seakan sama dengan kubus. Tetapi sebenarnya tidak. Cuba perhati dan telitikan dengan betul. Sebenarnya kedua-dua bentuk ini berbeza dari segi bentuk permukaan. KUBUS terdiri daripada permukaan berbentuk SEGI EMPAT SAMA, manakala KUBOID terdiri daripada permukaan berbentuk SEGI EMPAT TEPAT. Jom kita kenali kubus berdasarkan gambar rajah berikut:
Semoga anda semua telah dapat mengenal pasti bentuk dan mengenali ciri-ciri kuboid dan dapat membezakannya dengan bentuk dan ciri-ciri kubus.

Friday 23 November 2012

Mengenali KUBUS

Hai! Mari kita mengenali bentuk 3D iaitu KUBUS dengan mengenal pasti bentuk dan ciri-cirinya.
Diharapkan semua telah faham dan dapat mengenal pasti ciri-ciri KUBUS iaitu mempunyai 12 sisi, 6 permukaan rata dan 12 bucu.

Thursday 22 November 2012

Contoh RPH Matematik Tahun 1

Assalamualaikum, salam 1 Malaysia.
Mari kita berkongsi maklumat dan idea tentang cara penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) mengikut format Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Di sini saya berikan contoh penulisan RPH Matematik Tahun 1 bagi bidang pembelajaran 'Sukatan dan Geometri' untuk tajuk 'Ruang'.

Contoh RPH Matematik Tahun 1


                          RANCANGAN PELAJARAN HARIAN


MINGGU  : 40

HARI:
ISNIN

TARIKH:
29 OKTOBER 2012

KELAS:
TAHUN 1

MASA:          
8.15 – 9.15 am

MATA PELAJARAN:
MATEMATIK

BILANGAN MURID:
22 ORANG

STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
9.1. Mengenal pasti bentuk 3 Dimensi (3D)
i)  Menamakan bentuk kuboid, kubus, kon, piramid tapak segi empat, silinder dan sfera.
AKTIVITI PEMBELAJARAN & PENGAJARAN
i) Persediaan
* Guru menunjukkan sebuah kotak dan bersoal jawab tentang
   bentuknya.
* Guru perkenalkan kotak berbentuk 3D.

ii) Imaginasi
* Murid diminta merujuk buku teks halaman 54.
* Guru memperkenalkan nama-nama bentuk 3D dan
  menunjukkan objek sebenar.

iii) Perkembangan
* Permainan “Kotak Misteri”.
* Murid yang memegang kotak apabila muzik berhenti akan
  memilih  kad gambar dan melekatkannya pada kumpulan
  bentuk 3D di papan tulis.

iv) Tindakan
* Latihan pengukuhan di dalam kumpulan.
* Perbincangan jawapan.
* Murid diminta melengkapkan latihan di dalam buku aktiviti
  sebagai  tugasan di rumah.
REFLEKSI


OBJEKTIF PEMBELAJARAN
BAHAN
EMK & PEDAGOGI
Di akhir P&P murid-murid dapat :
1.  Menamakan objek dengan nama- nama bentuk 3D dengan betul.
2. Mengelaskan objek mengikut kumpulan bentuk 3D dengan betul.
Buku teks
Lembaran
Buku aktiviti
Kotak misteri
Radio
Kreativiti dan Inovasi
- Pembelajaran Masteri
- Pembelajaran Inkuiri
-Konstuktivisme