Saturday 15 December 2012

i-THINK : PETA PEMIKIRAN vs PROSES BERFIKIR

Seperti yang dijanjikan hari ini baru saya berkesempatan berkongsi 8 elemen PETA PEMIKIRAN (Thinking Map) dan PROSES BERFIKIR ( Thinking Process) yang terangkum dalam Program i-THINK
Sebelum ini para guru kebanyakannya hanya terdedah kepada penggunaan PETA MINDA ( Mind Map) sahaja. Peta Minda tidak diklasifikasikan tujuan dan objektifnya melainkan untuk meringkaskan nota yang pada kebiasaannya ditulis dalam bentuk ayat.
Melalui Program i-THINK, 8 PETA PEMIKIRAN yang diperkenalkan dengan tujuan dan objektif yang berbeza di samping proses pemikiran masing-masing dapat diaplikasikan dalam proses Pengajaran Dan Pembelajaran di dalam kelas mengikut topik yang bersesuaian dengan Peta Pemikiran yang dipilih.
 

Peta Bulatan digunakan bagi * menjana idea, *mengaitkan pengetahuan sedia ada, *membuat gambaran awal topik dan *membuat rumusan.

Peta Buih digunakan dalam *menjelaskan sifat sesuatu perkara dan hanya *menggunakan adjective / kata sifat

Peta Buih Berganda digunakan untuk * membuat perbandingan dari sudut persamaan dan perbezaan yang wujud bagi dua benda / perkara

Peta Pokok digunakan untuk *membahagikan kepada kategori tertentu, * memberi contoh-contoh, * membuat sub-topik dan * memberi huraian

Peta Dakap digunakan bagi * menyenaraikan komponen atau bahagian kecil sesuatu objek. Ianya * melibatkan objek yang nyata (fizikal) sahaja

Peta Alir digunakan dengan tujuan untuk * membuat aliran, susunan, kronologi, siri, kitaran, plot, proses sesuatu perkara

Peta Pelbagai Alir digunakan untuk * mencari sebab dan akibat bagi sesuatu perkara dan * menjelaskan kesan sesuatu perkara tersebut

Peta Titi digunakan untuk * mencari analogi yang boleh digunakan untuk menghubungkan pelbagai perkara, dan * memikirkan perkaitan yang boleh diwujudkan bagi pelbagai perkara.

Diharapkan perkongsian di blog ini sedikit sebanyak dapat memberi pendedahan awal kepada guru dan murid sebelum ia mula dilaksanakan kelak.
Nantikan pula contoh aplikasi PETA PEMIKIRAN yang saya buat dalam mata pelajaran MATEMATIK bagi tajuk RUANG (Bentuk 3D)

Monday 10 December 2012

PANTUN SIFIR 6

Entah ke mana la perginya koleksi pantun sifir saya. Ermm..hilang dalam simpanan agaknya.
Jadi saya terus kongsikan pantun SIFIR 6 la ye. Kalau sesiapa ada pantun Sifir 4 dan 5 bolehlah dikongsi-kongsikan ye.


PANTUN SIFIR 3

Mari kita berpantun Sifir 3 pula.


Let's Play DOMINOS

Sunday 9 December 2012

Sambutan Hari GuruSK.Telok Bakong 2012

Hari Guru Peringkat Sekolah 2012 yang disambut sederhana tetapi meriah bersama semua warga SKTB.
Antara guru-guru yang memang alergic dengan kamera.
Para guru telah dibahagikan kepada 4 kumpulan untuk menjayakan persembahan dan permainan. Salah satu kumpulan guru mempersembahkan bakat-bakat terpendam.
Hadiah-hadiah pertukaran "suka atau tak suka". Nasib la siapa dapat siapa punya hadiah...

Cubaan blog post

 

IMG_20121128_105236

Thursday 6 December 2012

Program i-THINK

Program i-THINK merupakan projek bersama oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Agensi Inovasi Malaysia (AIM). Pelancaran program rintis i-THINK telah pun dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Mohd Najib bin Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 13 Mac 2012 di bangunan Parlimen dan 10 buah sekolah telah terpilih dalam projek rintid i-THINK. Program i-THINK akan diperluaskan ke 500 buah sekolsh di Malaysia pada tahun 2013 dan semua sekolah pada tahun 2014. 10 buah sekolah rintis di Malaysia: 1. SK. Kiaramas - WP Kuala Lumpur 2. SK. Paya Pulai - Pahang 3. SK. Pusat Bukit Besar - Terengganu 4. SK. Tan Sri Datuk Hj. Mohamad - Sarawak 5. SJKT Port Dickson - Negeri Sembilan 6. SJKC Wen Hua, Batu Berendam - Melaka 7. SMK. Tun Hussien Onn - Pulau Pinang 8. SMK. Convent Muar - Johor 9. SMK Gaal - Kelantan 10. SMK. Kota Merudu - Sabah Khidmat Latihan Profesional * Pihak Agensi Inovasi Malaysia (AIM) telah melantik perunding Kestrel Education (UK) untuk mengendalikan kursus bagi program i-THINK. * Perunding telah melaksanakan kajian keperluan di Malaysia dan Penyelaras Program telah didedahkan dengan program ini melalui lawatan kerja ke 9 buah "Thinking School" di United Kingdom pada 10 hingga 14 Oktober 2011. Program ini merupakan program berkembar dengan Christ the King Primary School, Cardiff, Thinking School United Kingdom. Ingin saya kongsikan dapatan kursus Pasukan Pemandu i-THINK yang telah dihadiri pada 27-30 November yang lalu.
Nanti saya akan kongsikan pula 8 PETA PEMIKIRAN yang dimuatkan melalui Program i-THINK. Tunggu eaa...

Wednesday 5 December 2012

Oh SFERA

Satu lagi bentuk 3 Dimensi yang ingin dikenal pasti ciri-cirinya tentulah SFERA. Ramai di kalangan murid menyatakan bola dan bumi berbentuk bulat. Selepas ini diharapkan murid-murid dapat membezakan bulat dengan sfera. Bulatan merupakan bentuk 2D manakala sfera adalah bentuk 3D. Jom perhatikan ciri-ciri SFERA.

Mengenal pasti SILINDER

SILINDER merupakan salah satu bentuk 3 Dimensi. Mari sama-sama kita perhatikan dan kenal pasti ciri-ciri yang terdapat pada silinder.
Cuba perhatikan di sekeliling anda dan fikirkan sejenak, apakah objek yang berbentuk silinder? Mari kenal pasti ciri-ciri silinder.

Kenali KON

Mari sama-sama kita kenali bentuk 3 Dimensi berikut;
Seperti bentuk-bentuk 3D yang lain, kon juga mempunyai ciri-ciri yang boleh dikenal pasti bagi membezakannya dengan bentuk yang lain.
Cuba anda kenal pasti adakah kon mempunyai bucu ? Berapakah bilangannya?
Salam 1Malaysia buat semua. Ermm...agak lama juga ye saya tak tinggalkan sementara blog ini. Sebenarnya minggu lepas saya bersama 201 orang rakan guru yang terpilih menghadiri Kursus Pemandu i-Think selama 4 hari 3 malam di Grand Bluewave Hotel, Shah Alam. Hari ini saya nak sambung perkongsian ilmu tentang bentuk 3D seterusnya iaitu Piramid Tapak Segi Empat Sama.
Berikutnya mari kita teliti ciri-ciri yang dipunyai oleh PIRAMID TAPAK SEGI EMPAT SAMA.
Bagi memudahkan anda faham rujuk jadual berikut: