Thursday 6 December 2012

Program i-THINK

Program i-THINK merupakan projek bersama oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Agensi Inovasi Malaysia (AIM). Pelancaran program rintis i-THINK telah pun dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Mohd Najib bin Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 13 Mac 2012 di bangunan Parlimen dan 10 buah sekolah telah terpilih dalam projek rintid i-THINK. Program i-THINK akan diperluaskan ke 500 buah sekolsh di Malaysia pada tahun 2013 dan semua sekolah pada tahun 2014. 10 buah sekolah rintis di Malaysia: 1. SK. Kiaramas - WP Kuala Lumpur 2. SK. Paya Pulai - Pahang 3. SK. Pusat Bukit Besar - Terengganu 4. SK. Tan Sri Datuk Hj. Mohamad - Sarawak 5. SJKT Port Dickson - Negeri Sembilan 6. SJKC Wen Hua, Batu Berendam - Melaka 7. SMK. Tun Hussien Onn - Pulau Pinang 8. SMK. Convent Muar - Johor 9. SMK Gaal - Kelantan 10. SMK. Kota Merudu - Sabah Khidmat Latihan Profesional * Pihak Agensi Inovasi Malaysia (AIM) telah melantik perunding Kestrel Education (UK) untuk mengendalikan kursus bagi program i-THINK. * Perunding telah melaksanakan kajian keperluan di Malaysia dan Penyelaras Program telah didedahkan dengan program ini melalui lawatan kerja ke 9 buah "Thinking School" di United Kingdom pada 10 hingga 14 Oktober 2011. Program ini merupakan program berkembar dengan Christ the King Primary School, Cardiff, Thinking School United Kingdom. Ingin saya kongsikan dapatan kursus Pasukan Pemandu i-THINK yang telah dihadiri pada 27-30 November yang lalu.
Nanti saya akan kongsikan pula 8 PETA PEMIKIRAN yang dimuatkan melalui Program i-THINK. Tunggu eaa...

3 comments:

  1. Saya pun telah menghadiri kursus i-THINK ini di Grand Bluewave Hotel. Shah Alam. Banyak yang telah dipelajari semasa kursus tersebut dan saya betul-betul telah dapat memahami dengan jelas bagaimana mahu mengaplikasikan kesemua peta pemikiran ini ke dalam P&P. Saya dan dua lagi rakan akan menerangkan kepada semua guru dalam kursus LADAP sebelum sesi persekolahan 2013 bermula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh ye...ermm Cikgu Norlia Kumpulan ke berapa semasa kursus tu? Kita memang diwajibkan menjalankan LADAP khas untuk program i-THINK ini. Dan yang pastinya bukan setakat pendedahan sahaja, tetapi yang penting pelaksanaan dan aplikasinya dalam PDP.

      Delete
  2. Betul tie, harapnya cikgu2 akan memanfaatkan program ni dalam p&p

    ReplyDelete