Thursday 22 November 2012

Contoh RPH Matematik Tahun 1

Assalamualaikum, salam 1 Malaysia.
Mari kita berkongsi maklumat dan idea tentang cara penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) mengikut format Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Di sini saya berikan contoh penulisan RPH Matematik Tahun 1 bagi bidang pembelajaran 'Sukatan dan Geometri' untuk tajuk 'Ruang'.

Contoh RPH Matematik Tahun 1


                          RANCANGAN PELAJARAN HARIAN


MINGGU  : 40

HARI:
ISNIN

TARIKH:
29 OKTOBER 2012

KELAS:
TAHUN 1

MASA:          
8.15 – 9.15 am

MATA PELAJARAN:
MATEMATIK

BILANGAN MURID:
22 ORANG

STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
9.1. Mengenal pasti bentuk 3 Dimensi (3D)
i)  Menamakan bentuk kuboid, kubus, kon, piramid tapak segi empat, silinder dan sfera.
AKTIVITI PEMBELAJARAN & PENGAJARAN
i) Persediaan
* Guru menunjukkan sebuah kotak dan bersoal jawab tentang
   bentuknya.
* Guru perkenalkan kotak berbentuk 3D.

ii) Imaginasi
* Murid diminta merujuk buku teks halaman 54.
* Guru memperkenalkan nama-nama bentuk 3D dan
  menunjukkan objek sebenar.

iii) Perkembangan
* Permainan “Kotak Misteri”.
* Murid yang memegang kotak apabila muzik berhenti akan
  memilih  kad gambar dan melekatkannya pada kumpulan
  bentuk 3D di papan tulis.

iv) Tindakan
* Latihan pengukuhan di dalam kumpulan.
* Perbincangan jawapan.
* Murid diminta melengkapkan latihan di dalam buku aktiviti
  sebagai  tugasan di rumah.
REFLEKSI


OBJEKTIF PEMBELAJARAN
BAHAN
EMK & PEDAGOGI
Di akhir P&P murid-murid dapat :
1.  Menamakan objek dengan nama- nama bentuk 3D dengan betul.
2. Mengelaskan objek mengikut kumpulan bentuk 3D dengan betul.
Buku teks
Lembaran
Buku aktiviti
Kotak misteri
Radio
Kreativiti dan Inovasi
- Pembelajaran Masteri
- Pembelajaran Inkuiri
-Konstuktivisme

No comments:

Post a Comment